Tergamak Sudah …
Gubahan Ikhsan Falihi
Gamak-gamak seperti menyambal
Pada layah separuh retak
cintanya ibarat kiambang
Tergamak sudah ...
Dulu dirinya mengiba
Mereguk kasih cinta
Hingga tergenggam erat
Tiada terasa
Akhirnya tiada berdaya
Mengenal cintanya
Sungguh tiada pandai menimbang rasa
Tanpa kabar cintanya kesudahan
Kemana lagi kepergian?
Terasa kehilangan jejak
Tergamak sudah ...
Kini dirinya datang
dikala daku mengejar cinta
cinta kasih tertinggi
Bersemi lagi berpendar
di antara bulan dan bintang-bintang kemilauan.
Hingga terlupa
segala kisah cinta masa silam
cinta padanya hilanglah sudah
Kiranya tiada betuah
Ada beza yang memisahkan
Kerana takdir berketetapan
=== ###### ===
Puisi Tergamak Sudah …
Digubah oleh Ikhsan Falihi Penyair Pinggir Kali.
Tanggal Minggu, 11 Oktober 2020.
Tanggal Publikasi Rabu, 21 Oktober 2020.